Selasa, 14 Mei 2013

KEPADA SEMUA WARGA SK ORANG KAYA SELAIR MATU SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2013. SEMOGA PENGORBANAN DAN USAHA KITA SEMUA DAPAT MEMBENTUK INSAN YANG BAKAL MENERAJUI NEGARA KITA MALAYSIA YANG TERCINTA.

Rabu, 20 April 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H / 2011M

Pada 17 Februari yang lalu, pihak SK Orang Kaya Selair sekali lagi telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1432H bersamaan 2011M.

Di antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah:

1) Perarakan mengelilingi kampung berdekatan sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

2) Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh En. Hasanal B. Amer dan Pn. Hasipah Bt. Brawi.

3) Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Kassim B. Mohidin, Pegawai Agama Islam Daerah Daro.

4) Persembahan nasyid oleh murid-murid dan ibu murid.

Sekalung penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut, termasuk guru-guru, kakitangan sokongan, AJK PIBG, ibubapa dan penjaga murid, Sedidik Kpg. Sekaan Besar, pembesar-pembesar kampung dan anggota Polis.

Jumaat, 19 Februari 2010

AKTIVITI TAHUN 2010

Beberapa aktiviti telah dirancang bagi tahun 2010 melalui Perjumpaan Staf kali pertama pada 2 Jan 2010 yang lalu. Di antaranya seperti di bawah:
  1. Sambutan Maulidur Rasul,MTQ dan Pertandingan Nasyid Peringkat Sekolah
  2. Majlis Pemuafakatan Pelajar Tahun Enam / 1 / 2010
  3. Kegiatan KK - Sukan & Permainan ( Pertandingan Sepak Takraw & Bola Jaring Antara Rumah Sukan )
  4. Kegiatan KK - Kelab Akademik ( Spelling Bee Antara Rumah Sukan )
  5. Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah
  6. Sukan Tahunan Bersama PIBG
  7. Kegiatan KK - Kelab Akademik ( Kuiz Bahasa Inggeris Antara Rumah Sukan )
  8. Pertandingan Menghafal Sifir
  9. Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah
  10. Larian Merdeka,Pertandingan Mewarna Jalur Gemilang & Lagu Patriotik Antara Rumah Sukan
  11. Kuiz Kesihatan Antara Rumah Sukan
  12. Kuiz J-QAF Antara Rumah Sukan
  13. 3.Kem Cemerlang UPSR Projek Hipers - Mac & Mei
  14. Kem Bestari Solat
  15. Solat Hajat sempena UPSR - Ogos
  16. Khatamal Quran - November
  17. Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah - November
  18. Projek 3K - sepanjang tahun
  19. Ceramah Kesihatan Mulut
  20. Kempen Keselamatan Jalan Raya